Cari:
China dan Vietnam Komuniti Berkongsi Nasib
2015-11-06 09:37:46 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menemui Perdana Menteri Vietnam,Nguyen Tan Dung di Hanoi semalam.

Xi Jinping berkata, China dan Vietnam merupakan negara jiran dan rakan kerjasama yang penting. Sebagai negara Sosialisme yang di bawah pimpinan Parti Komunis, China dan Vietnam merupakan komuniti berkongsi nasib. Kedua-dua negara sama-sama bersedia mewarisi dan memelihara persahabatan yang sudah wujud sekian lama dan menggalakkan perkongsian strategik komperhensif China-Vietnam berkembang secara sihat dan mapan.

Xi menegaskan, China-Vietnam perlu mengembangkan hubungan dua hala dari segi strategik dan pandangan jangka panjang, berusaha bersama-sama untuk membina komuniti berkongsi nasib bagi membawa kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara dan memberi sumbangan demi kestabilan dan pembangunan serantau bahkan seluruh dunia. Kedua-dua negara perlu meningkatkan perasaan saling percaya mempercayai dalam bidang politik, memperkasakan kerjasama pragmatik dalam bidang ekonomi, mengdakan perbincangan mengenai kerjasama dalam rangka "Satu jalur, satu laluan"dan "Dua koridor, satu lingkaran", di samping memelihara kestabilan maritim dan menggalakkan kerjasama maritim. China bersedia bersama dengan Vietnam menggalakkan proses integrasi ekonomi serantau.

Nguyen Tan Dung pula berkata, lawatan Presiden Xi kali ini memainkan peranan peneraju bagi mengembangkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pemimpin kedua-dua negara telah mencapai banyak persepakatan yang penting demi memperkasa kerjasama dalam bidang yang meluas. Vietnam dan China perlu mengekalkan interaksi pucuk pimpinan dan pegawai pelbagai peringkat, menaiktarafkan tahap kerjasama ekonomi dan perdagangan, selain meningkatkan kerjasama kewangan. Beliau komited untuk berusaha bersama-sama dengan China mengawal dan menangani perselisihan dengan sempurna.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China