Cari:
Xi Jinping Kemukakan Cadangan Bagi Perkembangan Hubungan China-Vietnam
2015-11-06 09:41:08 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Vietnam mengadakan rundingan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nyuyenn Phu Trong di Hanoi semalam. Pemimpin kedua-dua negara komited untuk terus memperkukuh perkongsian strategik komperhensif China-Vietnam berdasarkan pedoman yang mewujudkan kestabilan dalam jangka masa panjang, memandang ke masa depan, bersahabat dan berjiran baik, serta bekerjasama secara komperhensif.

 Xi Jinping mengemukakan cadangan tujuh perkara demi mengembangkan hubungan negara dan parti kedua-dua pihak. Pertama, meningkatkan panduan dari segi politik, mengekalkan interaksi pucuk pimpinan dan meningkatkan komunikasi dan rasa saling mempercayai peringkat tinggi parti dan negara kedua-dua pihak. Kedua, merapatkan interaksi antara parti dan melaksanakan program latihan anggota parti baharu. Ketiga, menggabungkan dan menyelaraskan strategik pembangunan kedua-dua negara. Keempat, meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ketenteraan, misi pengaman PBB, keselamatan dan pertahanan, antidadah, pengurusan keluar masuk sempadan, membanteras penipuan telekomunikasi, keselamatan siber dan sebagainya. Kelima, meningkatkan pertukaran sosiobudya kedua-dua negara dan memperkasakan kerjasama dalam bidang penerangan, kebudayaan, pendidikan, pelancongan dan golongan belia. Keenam, memperangsang kerjasama maritim, melaksanakan persepakatan yang telah dicapai kedua-dua pihak, mengawal dan menangai pertikaian maritim dengan baik berdasarkan prinsip meneroka bersama supaya memperluas kepentingan bersama. Ketujuh, memperhebat koordinasi antarabangsa.

Nguyen Phu Trong pula berkata, lawatan Xi Jinping kali ini bersempena dengan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik Vientam-China. Lawatan ini membawa makna yang amat besar. Kini, kedua-dua negara berada dalam fasa pembangunan dan pembaharuan yang penting. Memperkasakan kerjasama dan meningkatkan interaksi dalam pelbagai bidang bermanfaat bagi kepentingan bersama kedua-dua negara, juga bagi keamanan dan pembangunan serantau. Pihaknya akan memoptimumkan perkongsian strategik komperhensif dengan China, dan bersedia memperluas kerjasama yang saling menguntungkan serta menangani dan mengawal pertikaian dengan berkesan.

Selepas rundingan itu, pemimpin kedua-dua negara turut menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama antara parti, dan dokumen dalam bidang lalu lintas, pelancongan, kerjasama kapasiti, kebudayaan, landasan kereta api, sumber tenaga, kewangan dan kerjasama peringkat tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China