Cari:
Hishammuddin Ditemui Chang Wanquan
2015-11-06 13:47:37 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan yang dalam rangka lawatan ke Malaysia, mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Se­ri Hishammuddin Tun Hussein di Kuala Lumpur pagi semalam.

Chang berkata, hubungan China-Malaysia kekal berkembang pada tahap yang amat tinggi sejak beberapa tahun lalu. Interaksi yang semakin erat, di samping hubungan ketenteraan yang berkembang dengan baik dalam pelbagai sektor. China akan memperkukuh hubungan pertahanan dengan Malaysia dan komited melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara demi mendorong perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia berkembang dengan sihat dan stabil.

Menurut Chang, China mahu mempergiat kerjasama pertahanan dan keselamatan dengan ASEAN bagi menghadapi pelbagai cabaran dan memelihara kesejahteraan serantau.

Hishammuddin pula berkata, situasi keselamatan rantau bertambah rumit. Malaysia dan China perlu memperkukuh pertahanan, memperhebat koordinasi, merapatkan interaksi pucuk pimpinan, mempergiat kerjasama dalam bidang latihan anggota tentera, perindustrian pertahanan, antikeganasan dan keselamatan siber. Pihaknya akan terus menunjukkan keprihatian terhadap keselamatan serantau, dan menyokong ASEAN meningkatkan kerjasama pertahanan dengan China. Beliau turut melahirkan harapan agar China terus memberikan sokongan demi pembangunan ASEAN kelak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China