Cari:
Xi Jinping Bertemu Lagi dengan Nguyen Phu Trọng
2015-11-06 15:58:40 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Vietnam sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nyuyenn Phu Trong di Hanoi hari ini.

Xi memperkenalkan kepada Nyuyenn Phu Trong tentang pembangunan Parti Komunis China (PKC) serta sasaran dan konsep pembangunan sosioekonomi China dalam Rancangan Lima Tahun ke-15 yang dikemukakan dalam Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC.

Menurut beliau, China dan Vietnam selaku komuniti berkongsi nasib perlu memperkukuh hubungan persahabatan dan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara sesuai dengan kepentingan bersama. Beliau melahirkan rasa puas hati dengan persepakatan yang dicapai dalam lawatan kali ini.

Nguyen Phu Trọng pula memperkenalkan kemajuan yang telah dicapai di Vietnam dan persiapan bagi mengadakan Kongres Rakyat Kebangsaan ke-12 Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam.

Beliau berkata, pihaknya akan mengoptimumkan usaha pembangunan parti dan menumpukan perhatian kepada pembangunan PKC. Beliau komited merapatkan interaksi dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China