Cari:
Xi Menemui Tony Tan Keng Yam
2015-11-07 07:54:14 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping yang sedang dalam rangka lawatan di Singapura menemui rakan sejawatnya dari negara itu, Tony Tan Keng Yam di Istana petang semalam.


Presiden China, Xi Jinping yang dalam rangka lawatan negara di Singapura, menemui rakan sejawatnya dari negara itu, Tony Tan Keng Yam di Istana Presiden petang semalam. 

Pemimpin kedua-dua negara bersetuju untuk menjalinkan hubungan rakan kerjasama komprehensif yang bersesuaian dengan senario semasa dan memulakan rundingan bagi menaiktarafkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) China-Singapura. 

Xi menyatakan bahawa sejak terjalinnya hubungan diplomatik China-Singapura 25 tahun yang lalu, kedua-dua negara ini telah mengadakan kerjasama yang komprehensif, pragmatik dan inovatif dalam pelbagai bidang. 

Beliau berhasrat untuk terus mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, melaksanakan kerjasama yang bersesuaian dengan senario semasa, dan menggalakkan projek kerjasama antara kerajaan China-Singapura yang ketiga, iaitu projek kerjasama yang berpusatkan Chongqing, di samping meningkatkan penyelarasan dalam isu serantau dan antarabangsa. 

Tony Tan Keng Yam yakin lawatan Xi kali ini akan mendorong hubungan rakan kerjasama China-Singapura ke tahap yang baharu. 

Menurut beliau, Singapura yakin China adalah kuasa damai dan stabil bagi masyarakat antarabangsa dan bersedia untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan China dalam isu serantau dan antarabangsa yang penting.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China