Cari:
Ma Ying-jeou Berlepas ke Singapura
2015-11-07 10:07:40 CRI Cetak

Delegasi Taiwan yang diketuai Ma Ying-jeou berlepas dari Lapangan Terbang Songhan, Taipei pada pukul 6.00 pagi ke Singapura untuk menyertai pertemuan dengan pemimpin Tanah Besar China, Xi Jinping.

Pertemuan pertama antara pemimpin Tanah Besar China dengan Taiwan selepas tahun 1949 ini menjadi tumpuan dunia.

Sebelum menaiki pesawat, Ma Ying-jeou menyampaikan ucapan ringkas yang menyatakan bahawa pertemuan ini bertujuan untuk mengenang kembali sejarah, memandang masa depan, memelihara keamanan di Selat Taiwan dan mengekalkan hubungan yang sedia ada antara kedua-dua pihak.

Difahamkan, delegasi Taiwan akan tiba di Lapangan Terbang Changi pada pukul 10.30 pagi. Pertemuan pemimpin tersebut akan diadakan di Hotel Shangri-la Singapura pada pukul 3.00 petang nanti.

Ma Ying-jeou akan kembali ke Taiwan selepas jamuan malam bersama-sama Xi Jinping.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China