Cari:
Xi Jinping Bertemu dengan Lee Hsien Loong
2015-11-07 17:53:42 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping yang sedang dalam rangka lawatan rasmi di Singapura mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini.

Xi berkata, China dan Singapura adalah rakan dan sahabat istimewa. Hubungan dua hala berkembang dengan baik berikutan kedua-dua negara mengekalkan rancangan strategik yang bersesuaian dengan senario semasa dan terus meneroka masa depan sejak hubungan diplomatik terjalin 25 tahun lalu.

Kedua-dua negara komited menetapkan hubungan dua hala sebagai hubungan rakan kerjasama komprehensif yang bersesuaian dengan senario semasa.

Lee pula berkata, hubungan Singapura-China mengekalkan momentum perkembangan yang baik. Lawatan Presiden Xi bersempena dengan ulang tahun ke-50 penubuhan Singapura dan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik Singapura-China adalah sangat bermakna dan akan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke fasa baharu.

Pihaknya komited mempergiat kerjasama ASEAN-China dan menyokong penyelesaian isu Laut China Selatan berdasarkan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC).

Selepas rundingan tersebut, pemimpin kedua-dua negara turut menyaksikan penandatanganan perjanjian kerjasama dalam sektor perdagangan, kesalinghubungan, pembinaan di sepanjang laluan "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR), rancangan tadbir urus bandar, pendidikan dan kastam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China