Cari:
Wang Yi: China dan Vietnam Perlu Kekalkan Hala Tuju Politik Yang Betul
2015-11-08 11:02:08 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, dan Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan lawatan negara ke Vietnam dan Singapura pada 5 hingga 7 November.

Ketika memberi taklimat tentang lawatan Xi tersebut, Menteri Luar China, Wang Yi berkata bahawa tujuan lawatan ke Vietnam adalah untuk menubuhkan komuniti berkongsi masa depan antara kedua-dua negara yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang sama.

Manakala, lawatan Xi ke Singapura adalah untuk mewujudkan hubungan rakan kerjasama komprehensif yang bersesuaian dengan senario semasa. Presiden Xi turut menjelaskan dasar kejiranan yang baik dan masa depan pembangunan bersama yang amat cerah bagi ASEAN.

Wang Yi menambah, "mewarisi persahabatan tradisional, dan menubuhkan komuniti berkongsi masa depan China-Vietnam" melibatkan tiga perkara, iaitu mengekalkan hala tuju politik yang betul, memperkasakan perkongsian strategik pembangunan, dan meningkatkan persahabatan melalui interaksi sosiobudaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China