Cari:
Wang Yi: Lawatan Xi Jinping Tingkatkan Hubungan China-Singapura
2015-11-08 13:02:15 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi, ketika mengulas mengenai lawatan Presiden Xi Jinping ke Singapura menyatakan bahawa lawatan kali ini meningkatkan hubungan China-Singapura ke satu fasa yang baharu.

Beliau berkata, pemimpin kedua-dua negara mengeluarkan kenyataan bersama bagi menetapkan hubungan rakan kerjasama menyeluruh yang bersesuaian dengan senario semasa, dan ini merupakan sejarah penting dalam hubungan kedua-dua negara.

Kedua-dua negara meneroka dan mencari peluang kerjasama yang pragmatik dan baharu.

Pemimpin kedua-dua negara mengumumkan projek kerjasama antara kawasan barat China dengan Singapura, projek kerjasama antara kerajaan China-Singapura ketiga selepas Taman Perindustrian Suzhou dan Bandar Ekologi Tianjin.

Tambah Wang Yi lagi, Xi dalam lawatan tersebut juga menjelaskan dasar pembangunan China, termasuk komitmen kepada ASEAN bagi memelihara kedamaian Laut China Selatan.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China