Cari:
Pengundian Pilihan Raya Myanmar Selesai
2015-11-09 12:03:10 CRI Cetak

Proses pengundian pilihan raya umum Myanmar berakhir petang semalam. Pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali itu berlangsung dalam suasana yang aman dengan disaksikan para pemerhati politik dari dalam dan luar negara. Keputusan pilihan raya tersebut bakal diumumkan bermula hari ini.

Sebanyak lebih 1,000 anggota parlimen akan dipilih melalui pilihan raya umum kali ini.

Hampir 5,728 orang calon daripada 91 buah parti dan 310 orang calon bebas bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Parlimen Persekutuan Myanmar yang baharu akan bersidang buat julung-julung kalinya pada bulan Januari tahun depan, dan mengadakan pilihan raya Presiden pada bulan Februari tahun depan.

Kerajaan pimpinan Presiden U Thein Sein akan tamat tempoh perkhidmatan pada penghujung bulan Mac tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China