Cari:
Dua Usul Tidak Percaya terhadap Najib Dibawa ke Parlimen
2015-11-09 12:04:12 CRI Cetak

Dua usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan dalam agenda mesyuarat Dewan Rakyat Malaysia.

Kedua-dua usul tersebut masing-masing dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anggota parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hee Loy Sian atas nama peribadinya.

Kedua-dua usul tidak percaya itu diletakkan dalam perkara ke-27 dan ke-31, selepas beberapa usul yang berkaitan dengan belanjawan, kewangan dan korporat.

Oleh itu, sama ada usul tersebut sempat dibentangkan atau tidak masih belum dapat dipastikan.

Parti Tindakan Demokratik (DAP) menentang usul Hee Loy Sian itu. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyatakan bahawa pihaknya telah menggesa Hee Loy Sian agar menarik balik usul berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China