Cari:
Malaysia Rancang Bina Menara 644 Meter
2015-11-09 12:04:53 CRI Cetak

Malaysia merancang untuk membina menara pencakar langit tertinggi di Kuala Lumpur iaitu KL118 yang turut dikenali sebagai Menara Warisan.

Pembinaan KL118 setinggi 118 tingkat itu akan menelan kos RM 5 bilion dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.

Walaupun projek berkenaan baru berada pada fasa pembinaan strukturnya, namun hampir semua ruangan pejabat untuk syarikat-syarikat korporat serta hotel dilaporkan sudah habis disewa pada ketika ini.

Dengan ketinggian 644 meter, KL118 bakal menjadi menara pencakar langit kedua tertinggi di dunia, selepas menara Burj Khalifa setinggi 828 meter di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China