Kes timbang tara yang dibangkitkan oleh Filipina berhubung dengan isu Laut China Selatan bagaikan simpulan tali yang menghalang perkembangan hubungan China-Filipina.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam temu bual dengan wartawan di Manila baru-baru ini.
Wang yang baru mengakhiri lawatan kerja di Manila menggesa Filipina mengambil tindakan yang bijak untuk menangani isu tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut menyebut pepatah China, iaitu "loceng yang diikat pada tali sepatutnya dilonggarkan oleh orang yang mengikatnya."