Cari:
Kerajaan Myanmar Janji Serah Kuasa Secara Damai
2015-11-12 13:15:20 CRI Cetak

Kerajaan Myanmar akan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan kestabilan dan keamanan negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dan melakukan peralihan kuasa secara damai.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Myanmar semalam.

Beberapa jam sebelum kenyataan itu dikeluarkan, pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan Myanmar (NLD), Aung San Suu Kyi menjemput Presiden U Thein Sein, Speaker Parlimen, U Thura Shwe Mann dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Min Aung Hlaing untuk mengadakan perbincangan mengenai perdamaian demi kepentingan negara.

Menurut Suu Kyi, rakyat Myanmar telah menyatakan kehendak mereka dalam pilihan raya kali ini dan amat penting untuk memenuhi permintaan mereka dengan cara yang aman.

Sehubungan dengan itu, pihak Pejabat Presiden menyatakan bahawa kerjasama dan perbincangan akan diadakan selepas keputusan muktamad PRU diumumkan.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China