Cari:
Mekanisme Kerjasama Lancang-Mekong Dilancarkan
2015-11-13 10:32:02 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Kerjasama Sungai Lancang-Mekong yang pertama diadakan di Qinghong, provinsi Yunnan semalam.

Mesyuarat tersebut mengumumkan mekanisme Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) dilancarkan secara rasmi bagi mengintensifkan kerjasama antara negara-negara di sepanjang sungai berkenaan, termasuk China, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Menurut pengumuman tersebut, peningkatan kerjasama antara keenam-enam negara itu amat penting untuk menjana pembangunan mampan sosioekonomi, selain mengurangkan jurang perbezaan pembangunan antara negara-negara di subrantau ini serta mendorong penubuhan Komuniti ASEAN dan integrasi serantau demi manfaat rakyat setempat.

Menteri-menteri luar yang menghadiri mesyuarat tersebut turut mencapai konsensus bagi memperkasakan kerjasama dalam kesalinghubungan, kapasiti industri, ekonomi rentas sempadan, sumber air, industri pertanian dan usaha membasmi kemiskinan.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China