Cari:
Lima Tumpuan Mekanisme LMC
2015-11-13 14:18:42 CRI Cetak

Sokongan dari segi dasar, kewangan dan intelektual akan disediakan bagi menjayakan mekanisme Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang tertumpu kepada lima bidang, iaitu kesalinghubungan, kapasiti industri, ekonomi rentas sempadan, sumber air, sektor pertanian dan usaha membasmi kemiskinan.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Kerjasama Sungai Lancang-Mekong pertama yang diadakan di Jinghong, provinsi Yunnan semalam.

Menurut beliau, pembinaan landasan kereta api pan-Asia, landasan kereta api China-Thailand dan China-Laos, laluan pengangkutan China-Myanmar serta jaringan elektrik dan kabel optik akan menjadi tumpuan dalam kerjasama ke arah mengintensifkan kesalinghubungan serantau.

Tambah beliau lagi, China bersedia untuk mempergiat kerjasama kapasiti industri bagi membantu negara-negara di sepanjang Sungai Mekong mempercepat proses pengindustrian dengan kos yang lebih rendah.

Wang turut menyarankan penubuhan zon kerjasama ekonomi dan taman industri rentas sempadan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknologi antara negara-negara berkenaan.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China