Cari:
Projek Kereta Api China-Laos Ditandatangani
2015-11-16 14:27:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Timbalan Perdana Menteri Laos, Somsavat Lengsavat dan Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC), Xu Shaoshi, mewakili kerajaan masing-masing menandatangani perjanjian kerjasama kereta api di Beijing baru-baru ini.

Hal ini menandakan bahawa projek kereta api China-Laos memasuki fasa pelaksanaan.

Projek tersebut merupakan projek kereta api di luar negara yang bersambung secara terus dengan jaringan landasan kereta api China.

Landasan kereta api ini menggunakan standard teknologi dan kelengkapan China sepenuhnya.

Landasan yang sepanjang 418 kilometer ini bermula dari Bohan dan Boten, China ke Vientiane, ibu negara Laos, dengan kelajuan tertinggi 160 kilometer sejam.

Pelaburan projek tersebut berjumlah kira-kira RMB 40 bilion (RM27.5 bilion), dan sahamnya dipegang oleh China dan Laos masing-masing 70% dan 30%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China