Cari:
Malaysia Tingkatkan Kawalan Keselamatan Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
2015-11-16 14:38:37 CRI Cetak

Selepas siri serangan keganasan berlaku di Paris, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera meningkatkan kawalan keselamatan.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diwawacara media tempatan kelmarin menyatakan bahawa pihaknya akan membincangkan semula langkah-langkah keselamatan dalam tempoh Sidang Kemuncak ASEAN diadakan dan menghantar anggota polis yang cukup bagi menjamin keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang bakal dirasmikan pada 18 November ini.

Walaupun Malaysia sentiasa memerangi penyokong kumpulan militan Negara Islam (IS) di wilayahnya, namun pihak polis mengakui negaranya selalu menghadapi ancaman kumpulan militan tersebut.

Menurut Tan Sri Khalid Abu Bakar, Malaysia telah menahan 70 orang penyokong IS setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China