Cari:
Pertemuan Xi Jinping dengan Jokowi
2015-11-16 17:55:03 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Antalya, Turki semalam.

Xi Jinping menyatakan bahawa China berpuas hati dengan hasil dalam usaha menyelaraskan strategi pembangunan kedua-dua negara dan meningkatkan kerjasama pragmatik.

China bersedia untuk meningkatkan taraf kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Indonesia, menggiatkan kerjasama dalam projek-projek penting seperti infrastruktur, dan meningkatkan skala pertukaran mata wang kedua-dua negara.

Xi berkata, China bersedia untuk memberikan sokongan kepada pembangunan semula selepas kebakaran hutan dan projek yang melibatkan kesejahteraan rakyat di Indonesia.

Jokowi pula menyatakan kesediaannya untuk berusaha bersama-sama dengan China bagi menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam projek kereta api dan sumber tenaga.

Selain itu, Indonesia menyokong China menganjurkan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China