Cari:
Speaker Myanmar Komited Buka Laluan untuk Parlimen Baharu
2015-11-17 11:47:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Parlimen Myanmar akan menyelesaikan tugasannya dalam tempoh penggal dua bulan terakhir supaya membuka laluan untuk Parlimen penggal baharu.

Demikian dinyatakan oleh Speaker Parlimen Persekutuan merangkap Speaker Dewan Rakyat, U Shwe Mann dalam mesyuarat parlimen di Nay Pyi Taw semalam.

Beliau berkata, walaupun beberapa ahli parlimen kalah dalam pilihan raya dan tidak dapat menjadi ahli parlimen penggal baharu, namun demi negara dan rakyat, mereka akan terus berkhidmat sehingga penggal ini berakhir.

U Shwe Mann juga hilang kerusi parlimen dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 8 November lalu.

Tempoh perkhidmatan parlimen penggal ini akan tamat pada 30 Januari 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China