Cari:
Pameran Kaligrafi dan Lukisan China di Jakarta
2015-11-17 14:54:58 CRI Cetak
Pameran Kaligrafi dan Lukisan China dirasmikan di Jakarta, Indonesia malam semalam.

Naib Menteri Pelancongan Indonesia, Igedepitana, dalam majlis perasmian menyatakan bahawa budaya Indonesia banyak mengambil unsur positif daripada budaya China. Jumlah pelancong China ke Indonesia pada tahun 2014 meningkat 20 peratus berbanding dengan tahun 2013. Jumlah itu dijangka akan mencecah satu juta orang pada tahun ini.

Hal ini akan terus menggalakkan pertukaran dan kerjasama kebudayaan antara kedua-dua negara.

Duta Besar China ke Indonesia dalam perutusan tahniah berkata, pameran kali ini diharap dapat membuka jendela rakyat Indonesia untuk menghayati budaya China demi persefahaman dan persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China