Cari:
Filipina Tunda Undi Perjanjian Kerjasama Pertahanan Filipina-AS
2015-11-17 14:08:46 CRI Cetak

Mahkamah Tinggi Filipina memutuskan untuk menunda pengundian terhadap Perjanjian Kerjasama Pertahanan Filipina-Amerika Syarikat (EDCA).

Menurut laporan laman web ABS-CBN Filipina, pengundian yang dijadualkan dijalankan semalam terpaksa ditunda kepada 16 Disember berikutan lebih 100 orang yang diketuai parti sayap kiri Filipina mengadakan protes di depan Mahkamah Tinggi.

Parti sayap kiri tersebut menyatakan bahawa pengumuman EDCA mematuhui perlembagaan Filiipina sebelum kedatangan Presiden AS, Barack Obama ke Filipina untuk menghadiri Mesyuarat APEC, dianggap tindakan menghina dan mengkhianati kedaulatan Filipina.

The Philippine Star melaporkan bahawa terdapat perselisihan pendapat antara kerajaan dengan Senat dalam isu kesahihan EDCA. Maka, hal tersebut diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diputuskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China