Cari:
Kata-kata Kunci Sidang Kemuncak ASEAN
2015-11-18 14:04:12 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan yang menyingkap tirainya di Kuala Lumpur, Malaysia bermula dari 18 hingga 22 November menarik perhatian dunia, kerana sesi berkenaan diadakan berlatarbelakangkan situasi politik rantau yang mencabar dan prospek pertumbuhan ekonomi Asia Timur yang dijangka terus lembap, sekali gus bertepatan dengan tempoh kritikal bagi memperkukuh ikatan antara ASEAN, serta China dengan ASEAN. Dikatakan, "memperkasakan kerjasama", "menghidupkan semula momentum", "menfokuskan pembangunan" adalah kata-kata kunci pada sidang kemuncak kali ini.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dalam sidang media semalam berkata, sepanjang tempoh Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1) ke-18, Perdana Menteri Li Keqiang akan memberi penjelasan lengkap berhubung polisi China terhadap ASEAN, yang bakal menyumbang ke arah pelaksanaan beberapa visi cemerlang, antaranya Komuniti Berkongsi Masa Depan China-ASEAN, Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan Rangka Kerjasama "2+7", serta menjayakan projek utama dalam perindustrian dan kesalinghubungan demi hubungan kedua-dua pihak yang makin erat.

Mekanisme pertemuan trilateral yang melibatkan pemimpin China, Jepun dan Korea Selatan disambung semula di Seoul pada awal bulan ini dengan membuahkan hasil yang menggalakkan. Pemulihan mekanisme tersebut akan membantu menghidupkan semula kerjasama di Asia Timur. Liu memaklumkan, sempena Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun, Korea Selatan (10+3), pihak-pihak terbabit akan menggerakkan pelaksanaan program-program yang merangkumi bidang kewangan, perindustrian, pembasmian kemiskinan, sumber tenaga, bantuan bencana dan lain-lain, di samping memecut proses perundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) China-Jepun-Korea Selatan.

Naib menteri luar itu berkata, dalam suasana ekonomi global masih tidak menentu dan pertumbuhan ekonomi pelbagai negara menghadapi tekanan besar, Sidang Kemuncak Asia Timur yang membabitkan ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia, New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat akan memfokuskan kepada isu-isu pembangunan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China