Cari:
China, Malaysia Mantapkan Kerjasama Pragmatik
2015-11-18 14:03:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Manila, Filipina semalam.

Presiden Xi menyatakan bahawa China akan terus membangunkan hubungan dengan Malaysia dan bersama-sama dengan Malaysia untuk terus mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara, dan menaik taraf kerjasama pragmatik demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Xi berkata, China dan Malaysia boleh memperkasakan penggabungan strategi. Pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 akan memberikan dimensi baharu bagi kerjasama pragmatik China-Malaysia dalam bidang ekonomi, perdagangan, kesalinghubungan dan infrastruktur.

Beliau berkata, China menyokong Malaysia sebagai tuan rumah siri mesyuarat pemimpin-pemimpin kerjasama Asia Timur yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 20 hingga 23 November nanti.

Tegas beliau, China mementingkan peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam proses kerjasama Asia Pasifik dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat termasuk Malaysia bagi meningkatkan penyelarasan dan koordinasi dalam rangka Ker­jasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) demi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia.   

Najib menghargai pandangan positif yang diberikan oleh Presiden Xi terhadap hubungan China dan Malaysia.

Beliau berharap dapat memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang kewangan, infrastruktur dan kesalinghubungan.

Malaysia juga menyokong inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China