Cari:
Ban Ki-moon: Semua Parti Myanmar Perlu Berdialog
2015-11-18 14:30:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Setiausaga Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam menghubungi pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Myanmar, Aung San Suu Kyi menerusi telefon dan menegaskan bahawa semua parti di Myanmar perlu berkolaborasi dan mengadakan dialog yang inklusif.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari itu berkata, Ban menyampaikan perutusan tahniah kepada Aung San Suu Kyi kerana parti pimpinannya, NLD, telah menang dalam pilihan raya umum (PRU) Myanmar yang diadakan pada awal November lalu.

Ban Ki-moon menegaskan, PRU yang bersejarah itu mungkin akan menggalakkan reformasi negara itu menjadi sebuah negara demokratik yang inklusif, harmoni, berbilang kaum dan agama pada masa depan.

Dalam pada itu, hal yang paling penting ialah mengadakan kerjasama dan dialog yang inklusif dengan semua pihak, termasuk wakil-wakil pelbagai pertubuhan dan etnik minoriti pelbagai agama.

Beliau menegaskan, PBB akan terus menyokong usaha Myanmar dalam reformasi demokrasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China