Cari:
Xi Jinping Bentangkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-13
2015-11-18 18:30:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden China, Xi Jinping telah membentangkan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China Lima Tahun ke-13 dalam ucaptamanya yang disampaikan dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Perindustrian dan Perdagangan APEC yang diadakan di Manila petang tadi.

Xi berkata, usul Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China Lima Tahun ke-13 telah diluluskan China baru-baru ini. Ia mengemukakan konsep pembangunan yang bersifat inovatif, koordinasi, mesra alam, terbuka dan saling berkongsi. Langkah-langkah yang bakal dilaksanakan bagi mendorong pembangunan sosioekonomi China turut dikemukakan dalam rancangan tersebut.

Xi menegaskan, China akan lebih mengutamakan keefisienan dan kualiti, mementingkan inovasi, berpegang teguh kepada keadilan dan kesaksamaan serta memberikan perhatian terhadap pembangunan mesra alam dan dasar pintu terbuka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China