Cari:
Anak Panda Gergasi Mula Dipamerkan kepada Orang Ramai
2015-11-18 11:38:32 CRI Cetak

Setelah hampir tiga bulan dikuarantin, anak panda gergasi yang dilahirkan di Zoo Negara Malaysia pada Ogos lalu dipamerkan kepada pengunjung mulai hari ini. Anak panda gergasi tersebut kini berada dalam keadaan sihat dan beratnya sudah mencecah 4.67 kilogram.

Anak panda dan ibunya, iaitu Liang Liang sebelum ini telah dikuarantin dan tidak dipamerkan kepada pengunjung bagi memberikan masa kepada Liang Liang untuk kembali ke tabiat normal dan menjalinkan hubungan dengan anaknya.

Perkara tersebut menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana kelahiran anak panda pertama ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang berjaya melahirkan anak panda secara semula jadi dalam kurungan.

Demikian dinyatakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam sidang akhbar Sesi Pengenalan dan Pengumuman Pertandingan Menamakan Anak Panda Gergasi di Zoo Negara hari ini.

----UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China