Cari:
China, Malaysia Bakal Tandatangani Dokumen Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan
2015-11-18 14:24:36 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang bakal mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada November ini.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Menteri Luar China, Liu Zhenmin semalam menyatakan bahawa China berharap lawatan Li Keqiang ke Malaysia kali ini dapat memperkukuh hubungan persahabatan antara China dengan Malaysia dan menaiktarafkan tahap kerjasama yang pragmatik dalam pelbagai bidang, sekali gus menggalakkan perkongsian strategik komprehensif berkembang ke tahap yang baharu.

Liu berkata, China amat mementingkan hubungan dengan Malaysia. Pertukaran lawatan antara pemimpin China dengan Malaysia sering diadakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kerjasama bilateral dalam bidang kewangan, pendidikan dan kebudayaan terus diperluas.

Kedua-dua negara turut mengekalkan kerjasama dan koordinasi yang erat dalam hal ehwal antarabangsa dan rantau.

Lawatan Li Keqiang kali ini amat bererti bagi menggalakkan perkembangan perkongsian strategik komprehensif antara China dengan Malaysia.

Tambah beliau lagi, Li Keqiang dan Najib akan sama-sama merangka masa depan hubungan China dan Malaysia dalam pertemuan dua hala. Kedua-dua pihak juga akan menyaksikan penandatanganan siri dokumen kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China