Cari:
Latihan Meja Pasir SAR Maritim China-Indonesia di Hainan
2015-11-19 12:09:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Latihan Meja Pasir Mencari dan Menyelamat (SAR) Maritim China-Indonesia yang pertama anjuran Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim China dan Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia diadakan di bandar Haikou, provinsi Hainan China semalam.

Latihan tersebut bertujuan untuk menaik taraf keupayaan penyelarasan dan koordinasi agensi mencari dan menyelamat maritim China dan Indonesia, selain memperkuat kolaborasi mencari dan menyelamat maritim antarabangsa.

Naib Pengarah Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim China, Zhi Guanglu memaklumkan bahawa latihan kali ini adalah untuk menilai keupayaan penyelarasan dan menguji teknologi mencari dan menyelamat agensi mencari dan menyelamat kedua-dua negara.

Latihan tersebut menyediakan pengalaman yang baik untuk menggalakkan pembinaan platform talian penting mencari dan menyelamat maritim China dan Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China