Cari:
Najib Kutuk Kekejaman Penggal Tebusan Malaysia
2015-11-19 12:11:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan warga Malaysia, Bernard Then Ted Fen yang diculik militan Filipina, Abu Sayyaf di Sabah pada bulan Mei lalu.

Najib semalam menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya berkata, beliau berasa terkejut dan amat sedih dengan berita pembunuhan Bernard Then dan turut mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam tersebut.

Tambah beliau lagi, pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap perbuatan yang sangat kejam dan ganas itu serta mengheret mereka ke muka pengadilan.  

Bernard Then Ted Fen, berusia 39 tahun dipenggal kepalanya di kubu Abu Sayyaf di Pulau Jolo, Filipina pada petang 17 November lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China