Cari:
Speaker Myanmar: Prospek Hubungan China-Myanmar Cerah
2015-11-19 14:24:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Speaker Parlimen Persekutuan merangkap Speaker Dewan Rakyat Myanmar, U Shwe Mann berpendapat bahawa hubungan antara China dengan Myanmar akan berkembang ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara media di bangunan Parlimen di Nay Pyi Taw semalam.

Menurut U Shwe Mann, Myanmar mengamalkan dasar luar yang bersahabat dengan semua negara di dunia sejak Myanmar mencapai kemerdekaan.

Hubungan Myanmar dengan China sentiasa berkembang dengan baik sejak dahulu kerana China bukan sahaja menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah Myanmar, malah tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Myanmar dan berharap Myanmar membangun dengan damai.

Pada pendapat beliau, hubungan kedua-dua negara pasti akan semakin erat walau sesiapa pun yang memerintah Myanmar.

Ketika menyebut kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara, beliau berkata, China mempunyai modal dan teknologi, sekiranya kedua-dua negara mengadakan kerjasama yang saling menguntungkan, hubungan ekonomi dua hala juga dapat terus diperkukuh.

Beliau juga mengalu-alukan syarikat China melabur di Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China