Cari:
Malaysia: Lawatan PM Li Keqiang akan Eratkan Hubungan Dua Hala
2015-11-19 11:16:03 CRI Cetak
Masyarakat keturunan Cina di Malaysia menaruh harapan yang tinggi terhadap lawatan Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Malaysia. Mereka yakin lawatan itu pasti akan memperkukuh persahabatan dan memperkasakan kerjasama yang komprehensif antara kedua-dua negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia, Datuk Lee Chee Leong menyatakan China merupakan rakan dagang terbesar bagi Malaysia, manakala Malaysia adalah rakan dagang terbesar antara negara ASEAN bagi China. Lawatan Perdana Menteri Li kali ini pasti akan meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala.

Pengerusi Pusat Budaya Han Malaysia, Goh Hin San menyatakan bahawa ini merupakan lawatan pertama kali Li Keqiang ke Malaysia sejak menyandang jawatan Perdana Menteri China. Lawatan beliau akan berperanan penting dalam memperkukuh hubungan perkongsian strategik komprehensif Malaysia-China. Serentak dengan itu, persahabatan dan kerjasama dalam kalangan rakyat kedua-dua negara tentu akan berkembang ke tahap baharu.

Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC), Datuk Bong Hon Liong menyatakan bahawa lawatan Perdana Menteri Li Keqiang ke Malaysia akan meningkatkan pelaburan syarikat China di Malaysia.

Mantan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Ei Sun Oh pula menyatakan, semua pihak berharap agar hubungan kerjasama ekonomi dan Perdagangan kedua-dua negara diperkukuh. Selain itu, Malaysia dan China diharap dapat mengadakan kerjasama dalam usaha membanteras keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China