Cari:
Malaysia akan Terus Perjuangkan ASEAN Berpaksikan Rakyat
2015-11-20 11:19:50 CRI Cetak
Apabila menjadikan ASEAN berpaksikan rakyat sebagai satu daripada keutamaan Malaysia selaku pengerusi perkumpulan pada 2015, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kuala Lumpur akan terus memperjuangkan pendekatan itu pada tahun-tahun akan datang.

Najib mengambil perhatian bahawa rantau perlu melakukan lebih banyak lagi untuk memastikan populasinya yang terdiri lebih 600 juta orang dapat merasakan yang ASEAN sebahagian daripada kehidupan mereka.

Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada beberapa soalan daripada Bernama bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada hujung minggu ini.

Najib menyifatkan warga ASEAN sebagai kekuatan paling utama bagi komuniti itu.

Najib mendedahkan bahawa penggalakan yang berasaskan peraturan, komuniti berorientasikan rakyat dan berpaksikan rakyat telah dimasukkan dalam Visi Komuniti ASEAN 2025, dengan beberapa langkah telah dirumuskan dan dilaksanakan untuk menggerakkan agenda itu.

--BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China