Cari:
China Bersedia Mantapkan Intekrasi dengan Pelbagai Parti Myanmar
2015-11-20 11:29:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China akan terus mengamalkan dasar yang bersahabat dengan Myanmar dan bersedia untuk memperkasakan intekrasi dengan pelbagai parti termasuk Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata demikian dalam sidang media semalam di Beijing.

Hong Lei berkata, China dan Myanmar merupakan negara jiran yang rapat, kedua-dua negara pasti dapat memperkukuh persahabatan tradisional "Pauk-Phaw" dan mengintensifkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang. Hal ini selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara dan rakyat.

Beliau berkata, China bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai parti Myanmar bagi menggalakkan perkembangan hubungan dua hala dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China