Jepun dan Filipina mencapai persetujuan untuk menandatangani perjanjian pemindahan kelengkapan dan teknologi pertahanan. Dengan itu, pesawat terpakai Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) boleh diberikan kepada Filipina.
Persetujuan ini dicapai oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III ketika mengadakan pertemuan di Manila semalam.
Kedua-dua negara berhasrat untuk memperkasakan kerjasama dalam keselamatan maritim.
Abe berkata, negaranya akan terus menyediakan sokongan untuk memperhebat keupayaan pasukan pengawal pantai Filipina.