Cari:
Malaysia Tingkatkan Kawalan Keselamatan
2015-11-20 15:09:44 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia meningkatkan kalawan keselamatan sempena Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula esok.

Di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), lokasi persidangan tersebut diadakan, sebilangan besar anggota polis ditempatkan bagi mengawal keselamatan, manakala di pintu keluar masuk lokasi itu telah disediakan mesin pengimbas.

Selain itu, pihak polis juga meningkatkan kawalan keselamatan di hotel-hotel penginapan para pemimpin pelbagai negara.

Beberapa jalan utama menuju KLCC ditutup dan polis turut mengawal jalan-jalan tersebut.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli menyatakan bahawa pihak tentera akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memastikan keselamatan persidangan tersebut terjamin.

Pada ketika ini, sebanyak 2,000 anggota ATM ditempatkan di sekitar Kuala Lumpur, sementara 2,500 lagi bersiap sedia di beberapa lokasi berhampiran dengan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa pihaknya telah membuat persiapan yang lengkap bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku termasuk serangan keganasan IS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China