Cari:
Menteri ASEAN Mulakan Siri Mesyuarat di Kuala Lumpur
2015-11-20 15:12:05 CRI Cetak

Para Menteri ASEAN berhimpun di Kuala Lumpur bagi menghadiri siri mesyuarat sempena berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan. Malaysia menyandang jawatan pengerusi pertubuhan serantau itu sepanjang 2015.

Mesyuarat yang diadakan hari ini termasuk Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN ke-13, Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-14 dan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN ke-17.

Para peserta akan berbincang tentang penubuhan Komuniti ASEAN.

Komuniti ASEAN menuntut integrasi lebih rapat dalam kalangan negara terbabit berlandaskan tiga tonggak iaitu ekonomi, politik-keselamatan dan sosiobudaya.

Di samping itu, Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2015 diadakan di Kuala Lumpur.

Antara program lain termasuklah Mesyuarat Menteri-Menteri Majlis Ekonomi ASEAN -Dialog Pelabur Global dan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin ASEAN - Dialog Pelabur Global.

- BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China