Cari:
Satelit Telekomunikasi China-Laos Berjaya Dilancarkan
2015-11-21 14:18:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Satelit telekomunikasi No.1 Laos hasil kerjasama oleh China dan Laos berjaya dilancarkan di pusat pelancaran satelit Xichang, China pagi tadi. Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Laos, Choummaly Sayasone saling mengutus perutusan tahniah atas kejayaan tersebut.

Xi dalam perutusan tahniah menyatakan bahawa projek satelit telekomunikasi No.1 Laos merupakan manifestasi penting bagi perkongsian strategik komprehensif antara China dan Laos dalam situasi baharu pada ketika ini. Sebagai teladan yang berjaya dalam kerjasama aeroangkasa antara negara-negara membangun, projek tersebut akan memangkin pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, malah memainkan peranan penting bagi kemajuan masyarakat Laos.

China bersedia berusaha bersama-sama dengan Laos untuk terus memperkasakan intekrasi dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

Choummaly dalam perutusan tahniahnya berkata, satelit telekomunikasi itu pasti akan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Laos. Negaranya mengucapkan rasa terima kasih kepada parti dan kerajaan China kerana memberi sokongan dan bantuan terhadap penyelidikan, pembuatan dan pelancaran satelit Laos tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China