Cari:
Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 Dirasmikan
2015-11-21 14:30:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. Deklarasi Kuala Lumpur mengenai pembinaan Komuniti ASEAN dan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai visi pembinaan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2025 yang akan dikeluarkan dalam sidang kemuncak kal ini. Ini menandakan bahawa ASEAN akan mengayun langkah substantif ke arah integrasi.

Sidang Kemuncak ASEAN yang bertemakan "rakyat kita, komuniti kita dan visi kita" kali ini memperliahtkan peranan pentingnya sokongan dan penglibatan rakyat demi pembinaan Komuniti ASEAN mengikut jadualnya dan memainkan peranan secara berkesan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 mengutuk kejadian kegansan yang berlaku di dunia dalam tempoh dua minggu yang lalu.

Beliau berkata, Malaysia bersiap sedia untuk menjalankan kerjasama antikeganasan dengan pelbagai negara terlibat dan memberi bantuan yang sewajarnya.

Ketika menyebut isu Laut China Selatan, Najib berkata, Malaysia dan ASEAN berharap pertikaian mengenai tuntutan wilayah di Laut China Selatan dapat diselesaikan secara aman berdasarkan undang-undang antarabangsa dan norma berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China