Cari:
ASEAN Bangkit sebagai Kuasa Baharu di Asia Pasifik
2015-11-21 14:33:17 CRI Cetak

Sepuluh negara anggota ASEAN kini sudah bersedia untuk bangkit semula sebagai satu komuniti, menonjolkan dirinya sebagai kuasa baharu di Asia Pasifik dan melepasinya.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian dalam ucapan pembukaan pada Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-27 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan, di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata, ASEAN boleh dan wajar memainkan peranan utama dalam mencorakkan abad Asia, dan bekerjasama dengan rakan usaha sama merentas benua bagi mencorakkan dunia yang makmur, aman dan terbuka.

Najib juga menggesa perkumpulan itu bertindak bagi mengantarabangsakan ASEAN, menjadikan pakatan itu lebih kukuh berbanding negara secara individu, yang akan memperakui dan menghormati kebangkitan ASEAN dan apa yang sudah dicapai.

Beliau berkata, di rantau ini, perkumpulan itu perlu bekerjasama untuk mencari penyelesaian ke atas masalah alam sekitar seperti jerebu, bencana alam semula jadi, termasuk banjir dan gempa bumi, serta migrasi.

- BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China