Cari:
Malaysia Yakin Hubungan ASEAN-China Lebih Rapat
2015-11-21 16:40:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Malaysia yakin bahawa hubungan kukuh ASEAN-China, yang memasuki tahun ke-25 pada 2016, akan mendorong kepada aktiviti pelaburan dan perdagangan yang lebih pesat.

Dalam ucapan pembukaan pada Sidang Kemuncak ASEAN-China kali ke-18 di Kuala Lumpur petang tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia pada dasarnya akan menyokong pelbagai aktiviti yang dicadangkan kedua-dua pihak bagi meraikan ulang tahun berkenaan.

Beliau berkata China merupakan antara rakan dialog penting rantau ini, dengan hubungan diperkukuh susulan penerimaan pelan tindakan bagi melaksanakan deklarasi bersama Perkongsian Strategik ASEAN-China untuk Keamanan dan Kemakmuran.

Najib berkata, Malaysia juga mendapat galakan hasil daripada komitmen, pengesahan dan sokongan kukuh China secara berterusan untuk pemusatan ASEAN, dan peranan utama kita dalam mekanisme ASEAN, termasuk Sidang Kemuncak Asia Pasifik dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Pelan Tindakan itu dirangka sebagai pelan induk untuk memperkukuh dan memperluas kerjasama dan hubungan ASEAN-China secara lebih komprehensif.

Ia berperanan dalam mengukuhkan perkongsian strategik untuk keamanan, pembangunan dan kemakmuran serantau dan memainkan peranan proaktif bagi merebut peluang dan memenuhi cabaran serantau miliniem baharu ini.

Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-18 berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27, yang berakhir esok.

Perdana Menteri China, Li Keqiang, yang tiba di ibu negara Malaysia semalam, turut menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China. Mesyuarat tertutup itu belangsung selama 100 minit.

-- BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China