Ketika berucap dalam sidang tersebut, Li berkata, hubungan China dan ASEAN berkembang dengan stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada bulan Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah perdagangan antara China dengan ASEAN mencatat USD379.2 bilion (RM 1.62 trilion) manakala perdagangan antarabangsa masih menghadapi kemerosotan. Jumlah pelaburan pula melebihi USD 150 bilion (RM 641 bilion). Jumlah pertukaran pelajar antara kedua-dua pihak melebihi 180 ribu orang, dan jumlah pelancong dari China ke ASEAN dan dari ASEAN ke China dijangka akan mencecah 20 juta orang sehingga penghujung tahun ini.
Li berkata, beliau berasa amat gembira melihat pembinaan komuniti ASEAN akan selesai. Komuniti ini merupakan batu tanda dalam proses integrasi ASEAN, dan juga menandakan kerjasama serantau melangkah ke tahap yang baharu. China sentiasa mengutamakan hubungan dengan negara-negara ASEAN dan menggalakkan ASEAN memainkan peranan utama dalam kerjasama serantau.
Beliau menambah, tahun 2016 merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN . Kesalingpercayaan politik, kerjasama pragmatik dan pertukaran sosiobudaya diyakini akan terus diperkukuh pada tahun depan.