Cari:
Myanmar Umumkan Keputusan Pilihan Raya Umum
2015-11-21 13:52:52 CRI Cetak

Suruhanjaya Pemilihan Persekutuan Myanmar mengumumkan keputusan pengiraan undian kumpulan terakhir petang semalam. Sehingga semalam, keputusan bagi kesemua 1150 kerusi dalam Parlimen Persekutuan dan Parlimen Provinsi telah diumumkan.

Menurut keputusan muktamad yang diumumkan suruhanjaya itu, parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) mendahului parti-parti lain dengan memenangi 886 kerusi, antaranya 255 kerusi di Dewan Rakyat Partlimen Persekutuan, 135 kerusi di Dewan Nasional, manakala 496 kerusi di Parlimen Provinsi. Dengan itu, NLD berhak untuk membentuk kerajaan baharu.

Dalam pilihan raya kali ini, parti pemerintah sekarang, Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan Myanmar (USDP) memenangi 118 kerusi, menduduki tempat kedua. Manakala, Parti Nasional Arakan (ANP) menduduki tempat ketiga dengan memenangi 45 kerusi.

Menurut prosedur, Parlimen Persekutuan penggal baharu akan mengadakan sidang kali pertama pada penghujung Januari tahun 2016 dan mencalonkan Presiden dan Naib Presiden pada bulan Februari. Kerajaan baharu akan dibentukkan oleh Presiden Baharu dan mengangkat sumpah pada penghujung bulan Mac selepas kerajaan penggal ini tamat perkhidmatannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China