Negara-negara Asia Timur harus memecut integrasi ekonomi serantau, dan memelihara kestabilan serantau.
Demikian cadangan China yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Li Keqiang ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-18 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.
Li berkata, rantau Asia Timur antara kawasan yang ekonominya paling dinamik dan berpotensi di seluruh dunia. Prestasi ini dimanfaatkan dari keamanan dan kestabilan serantau serta pelbagai negara sentiasa mengutamakan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Beliau mengemukakan cadangan enam perkara tentang kerjasama 10+3.
Pertama, memecut integrasi ekonomi Asia Timur. China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak berkenaan untuk menyelesaikan rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menjelang 2016.
Kedua, mengekalkan kestabilan kewangan serantau. Pelbagai pihak diharap meningkatkan penyelarasan dasar makro, mengekalkan kestabilan kewangan ekonomi serantau.
Ketiga, menaiktaraf kesalinghubungan. China bersedia untuk membincangkan "pelan induk kesalinghubungan Asia Timur" dengan pelbagai pihak berkenaan.
Keempat, menjalankan kerjasama kapasiti perindustrian antarabangsa. China bersedia untuk menjalankan kerjasama kapasiti perindustrian antarabangsa dengan negara-negara ASEAN, mendorong prosos pengindustrian dan pembangunan mampan negara-negara terlibat.
Kelima, meningkatkan kerjasama pembasmian kemiskinan dalam sektor pertanian. China akan meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam perdagangan hasil pertanian, teknologi pengeluaran pertanian, sokongan dana, dan latihan modal insan.
Keenam, memperluas interaksi sosiobudaya. China akan menggalakkan sistem mesyuarat menteri 10+3 dalam bidang pelancongan, pendidikan, kebudayaan dan penerangan.
Pemimpin pelbagai negara yang menyertai sidang kemuncak tersebut menyanjung tinggi usaha China dalam menggalakkan kerjsama 10+3 . Mereka berpendapat bahawa pelbagai negara perlu terus mendorong integrasi Asia Timur, mengintensifkan kerjasama perdagangan, kewangan dan pelaburan, memperkukuh kesalinghubungan serantau, mempercepat proses rundingan RCEP suapaya mendorong keamanan dan kemakmuran rantau Asia Timur.
Sidang Kemuncak 10+3 ini dihadiri pemimpin negara dari 10 negara anggota ASEAN, Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye, dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.