Cari:
China: Selaraskan Strategi Pembangunan demi Kemakmuran Asia Timur
2015-11-22 11:44:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Hubungan China-ASEAN menjadi tonggak utama bagi keamanan, kestabildan dan perkembangan rantau Asia Timur. Kedua-dua pihak patut menyelaraskan strategi pembangunan, menaiktarafkan tahap pembangunan agar sasaran Komuniti Ekonomi Asia Timur dapat tercapai menjelang tahun 2020.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-18 yang diadakan di Kuala Lumpur petang semalam.

Beliau telah mengemukakan cadangan enam perkara untuk mewujudkan keamanan dan kemakmuran berkekalan di rantau Asia Timur.

Pertama, memperkasakan mekanisme pembangunan kerjasama China-ASEAN. Pelan Tindakan Lima Tahun ke-3 Perkongsian Strategik dan Rangka Kerjasama "2+7" patut dilaksanakan secara berkesan, menyelaraskan dan melengkapi mekanisme kerjasama Lancang-Mekong dengan mekanisme kerjasama yang lain, menyokong negara-negara ASEAN merapatkan jurang perbezaan pembangunan.

Kedua, mempercepat penaiktarafan kerjasama ekonomi dan perdagangan. China dan ASEAN patut mempercepat rundingan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) sehingga mencapai persetujuan dengan secepat mungkin. Meningkatkan kemudahan dan liberalisasi perdagangan dan pelaburan, supaya matlamat jumlah perdagangan antara China dengan ASEAN mencapai USD 1 trilion (RM 4.27 trilion) menjelang tahun 2020. Rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ditamakan dengan secepat mungkin untuk meletakkan asas bagi pembinaan sistem perdagangan bebas serantau yang lebih lengkap.

Ketiga, menggalakkan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) diselaraskan dan bergabung dengan strategi pembangunan serantau. China bersedia melibatkan diri dalam Rancangan Komprehensif Kesalinghubungan ASEAN dan terus secara proaktif mendorong projek kereta api Pan-Asia.

Keempat, meneroka kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa kedua-dua pihak, khususnya dalam bidang infrastruktur, kejuruteraan mekanik, janakuasa elektrik demi mewujudkan situasi menang-menang.

Kelima, bersama-sama meningkatkan tahap kerjasama keselamatan. China berharap mekanisme pertemuan tidak rasmi menteri pertahanan China-ASEAN dapat diwujudkan secepat mungkin.

Keenam, menggiatkan pembangunan lestari serantau. China dan ASEAN patut memajukan kerjasama maritim, pembinaan keupayaan pertanian dan mewujudkan pembangunan mesra alam.

Para pemimpin yang menghadiri sidang tersebut berpendapat bahawa pembangunan China turut memberi limpahan manfaat kepada kestabilan dan pembangunan seluruh rantau ini. Mereka menyatakan bahawa ASEAN amat mementingkan perkongsian strategi pembangunan dengan China.

Sidang kali ini dipengerusikan bersama oleh Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China