Projek kerjasama kereta api China-Laos berjalan dengan lancar. Kedua-dua pihak diharap terus berusaha menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, lebuh raya dan kereta api mencapai kemajuan yang baharu.
Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika ditemui rakan sejawatnya dari Laos, Thongsing Thammavong di Kuala Lumpur, Malaysia malam tadi.
Li Keqiang dalam pertemuan itu berkata, kerjasama antara China dan Laos mencapai hasil yang memuaskan. Laos akan menyandang jawatan negara pengerusi ASEAN pada tahun depan. China bersedia berkoordinasi dengan Laos untuk mengembangkan hubungan China-ASEAN dan kerjasama Sungai Lancang-Mekong demi memberi manfaat kepada China dan Laos bahkan rakyat di rantau ini.
Thongsing berkata, Laos akan menggiatkan kesalinghubungan ASEAN dengan China serta intekrasi dan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya dalam tempoh perkhidmatan sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN.