Pemimpin sepuluh negara ASEAN menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur yang menyaksikan bersejarah itu sempena Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menyerahkan Deklarasi Penubuhan Komuniti ASEAN dan Deklarasi Kuala Lumpur ASEAN 2025 kepada Ketua Setiausaha ASEAN Le Luong Minh (kanan) hari ini
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam majlis penandatanganan deklarasi tersebut berkata, pelbagai negara anggota ASEAN telah menghapuskan rintangan tarif berdasarkan rangak Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN. Hal ini akan menjadikan industri pembuatan ASEAN lebih berdaya saing di arena antarabangsa. Namun di samping itu, pelbagai negara ASEAN patut terus menghapuskan halangan yang membantut pertumbuhan eknomi, dan memperluas kerjasama demi mencorakkan masa depan ekonomi serantau.
Najib berkata, "kini, kita perlu membina sebuah pasaran tunggal yang sebenar dan pangkalan komoditi untuk merealisasikan aliran komoditi dan perkhidmatan yang lebih bebas. Kita memerlukan standard seragam dan kesalinghubungan yang lebih meluas untuk mencapai sasaran tersebut. ASEAN mampu menjadi entiti ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang tahun 2030."
Deklarasi Kuala Lumpur bagi ASEAN 2025, Bersama Melangkah Ke Hadapan, dokumen yang menggariskan hala tuju komuniti itu untuk 10 tahun akan datang turut ditandatangani oleh sepuluh pemimpin ASEAN.