Cari:
China: Keamanan dan Kestabilan di Laut China Selatan Patut Dipelihara
2015-11-22 15:12:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pelbagai negara di rantau Asia Timur patut bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika berucap dalam Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-10 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau telah mengemukakan cadangan lima perkara berhubung usaha memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Pertama, pelbagai negara terlibat berjanji mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mempertahankan hasil Perang Dunia Kedua dan order pasca perang, memelihara keamanan dan kestabilan dunia termasuk Laut China Selatan.

Kedua, negara-negara berdaulat yang terlibat langsung di Laut China Selatan berjanji menyelesaikan pertikaian tuntutan wilayah dan kuasa pentadbiran secara damai berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-Undangan Maritim PBB.

Ketiga, China dan negara-negara ASEAN berjanji melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan dengan Laut China Selatan (DOC) secara berkesan dan menyeluruh, mempercepat rundingan Kod Tatalaku Laut China Selatan (COC), dan mencapai COC melalui rundingan secepat mungkin, di samping menyempurnakan mekanisme kerjasama yang saling mempercayai.

Keempat, negara-negara di luar rantau ini berjanji menghormati dan menyokong usaha negara-negara di rantau ini untuk memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, dan memainkan peranan yang bersifat membina dan proaktif, di samping mengelak mengambil tindakan yang memburukkan situasi serantau.

Kelima, pelbagai negara berjanji untuk memiliki dan menjamin kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan berdasarkan undang-undangan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China