Persefahaman dan keupayaan bertolak ansur antara China dengan ASEAN membantu pihak-pihak terbabit membuahkan hasil yang memberangsangkan, iaitu memeterai protokol meminda Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi Komprehensif China dan ASEAN.
Dimaklumkan, antara pindaan tersebut termasuklah peraturan khusus dalam memperoleh akses bagi mengimport produk ke pasaran China dan ASEAN serta kebenaran mendapatkan prosedur kastam dan kemudahan perdagangan berkaitan dengan halangan bukan tarif.
Protokol yang dianggap sebagai tanda berakhirnya rundingan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) sejak Ogos tahun lepas itu disasarkan untuk merangsang aktiviti perdagangan antara kedua-dua pihak.
Pemeteraian berkenaan disaksikan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dan semua 10 pemimpin negara ASEAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia, semalam.