Cari:
Melaka Berhasrat Jadi Nod Penting Laluan Sutera Maritim Abad ke-21
2015-11-23 14:30:46 CRI Cetak

Kerajaan Negeri Melaka melahirkan hasrat kepada China untuk menjadi satu daripada nod penting dalam Laluan Sutera Maritim pada abad ke-21.

Hasrat itu disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron kepada Perdana Menteri China, Li Keqiang, ketika Idris memberikan taklimat mengenai pembangunan Melaka semasa lawatan Li ke negeri berkenaan, Ahad lalu.

Idris berkata, Melaka memandang tinggi inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China yang bertujuan untuk menggiatkan semula dua laluan perdagangan purba, iaitu Laluan Sutera Maritim dan Laluan Sutera Daratan, dan kerajaan negeri percaya visi itu dapat memulihkan semula kerjasama ekonomi antara negara-negara terlibat.

Dikatakan, kerajaan Melaka dengan penyertaan sektor swasta telah memulakan usaha membangunkan sebuah bandar pelabuhan generasi baharu yang dikenali sebagai "Melaka Gateway''.

Idris berkata, "Melaka Gateway" akan terdiri daripada empat buah pulau dengan setiap pulau mempunyai perancangan pembangunannya sendiri.

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China